TM raih Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader's Digest

8:52 PM / Posted by JAMIAN SARIF /

KUALA LUMPUR 28 April - Telekom Malaysia (TM) berjaya meraih Anugerah Jenama Yang Dipercayai di negara ini untuk Kategori Telekomunikasi Reader's Digest 2008. Anugerah itu yang disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi berdasarkan kaji selidik majalah antarabangsa itu yang menilai kecenderungan jenama dalam 42 kategori produk dan per- khidmatan. Majlis penyampaian anugerah itu diadakan di sini malam ini.

TM menerima anugerah Platinum untuk kategori itu daripada Reader's Digest, manakala Maxis pula dipilih sebagai penyedia khidmat telefon bergerak pilihan tempatan dalam kategori yang sama.

Pengarah Bahagian Pengiklanan Reder's Digest Asia, Oscar Veronese berkata, kejayaan produk dalam anugerah itu mencerminkan kredibiliti dan kecemerlangan yang mantap, sekali gus mendapat keyakinan dan kepercayaan daripada para pengguna. Menurut Veronese, kajian kali itu juga dijalankan di China buat julung kalinya sempena ulang tahun ke-10 kaji selidik itu.

''Usaha ini membuktikan bahawa kaji selidik yang telah dijalankan meliputi seluruh pasaran utama di Asia. ''Selain itu, kami berharap keputusan ka- jian ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pengguna ketika membuat keputusan terutamanya dalam kategori produk yang jarang ditemui," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Maybank, bank terbesar di negara ini, pula menguasai kategori perbankan apabila dipilih sebagai syarikat perkhidmatan paling cemerlang bersama Public Bank serta dinobatkan sebagai pembekal kad kredit terbanyak bersama dengan Citibank.

Sementara itu, Amanah Saham Nasional Bhd. dan Public Mutual menjadi pilihan utama pengguna bagi kategori syarikat pe- laburan, manakala AIA, Great Eastern dan Prudential pula merupakan pemenang dalam kategori insurans.

Antara jenama yang kekal sebagai pilihan utama sejak kajian itu mula diperkenalkan pada tahun 1999 ialah Malaysia Air- lines System Bhd., yang memenangi anugerah Platinum untuk syarikat penerbangan terbaik, manakala AirAsia memenangi anu- gerah Emas. Pada tahun ini, kaji selidik untuk kategori ejen pelancongan turut dijalankan buat ju- lung kalinya yang dimenangi oleh Reliance.

Sime Darby Property dan Universiti Malaya masing-masing menerima anugerah dalam kategori pemaju hartanah dan universiti, manakala Poslaju dipilih sebagai syarikat perkhidmatan pengangkutan udara atau kurier.

Proton dipilih sebagai jenama yang diminati dari Malaysia untuk kategori kereta, manakala pengguna memilih stesen perkhidmatan Petronas sebagai tempat pilihan untuk mengisi minyak kenderaan. Habib Jewels dan Poh Kong pula merupakan jenama barang kemas yang paling diminati.

Hampir 25 jenama produk buatan Malaysia berjaya memenangi anugerah Jenama Yang Dipercayai berdasarkan kajian yang dibuat oleh Reader's Digest.

0 comments:

Post a Comment