Adakah Pulangan Unit Trust Terjamin?

10:22 PM / Posted by JAMIAN SARIF /

Hari ini saya ingin menjawab satu soalan popular yang sering ditanya oleh prospek saya dan saya percaya merupakan satu persoalan yang bermain di minda bakal-bakal pelabur.

Soalan: Adakah Pulangan Unit Trust terjamin?

Jawapan: Sebenarnya tiada istilah terjamin di dalam mana-mana pelaburan sekali pun.

Sebagai contoh, Pelaburan ASB. ASB tidak pernah menjamin berapakah jumlah pulangan yang akan diberikan kepada para pelaburnya. Begitu juga dengan ASN, ASW dan kesemua amanah saham di Malaysia.

Tetapi kenapa pelabur sanggup meminjam dengan bank dengan kadar faedah sehingga 7% setahun untuk melabur di dalam ASB? Ini kerana, pelabur menjangkakan pulangan yang akan diberi adalah di sekitar 8-10% setahun berdasarkan pulangan yang telah diberikan kepada pelabur terdahulu semenjak beberapa tahun yang lepas.

Begitulah juga keadaannya dengan Unit Trust. Pulangannya juga tidak terjamin. Tetapi pelabur yang terdahulu telah mendapat keuntungan melebihi 15 peratus setahun dan ada juga dana yang memberi pulangan mencecah 60 peratus setahun. Maka, atas dasar inilah kami sebagai Perunding Unit Trust yakin untuk mengesyorkan dana kami kepada para pelabur.

Dan memandangkan Public Mutual sendiri sudah lebih 26 tahun di Malaysia dan mempunyai jumlah pelabur melebihi 1.2 juta orang, secara tidak langsung kami mendapat promosi percuma daripada pelabur yang berpuas hati dengan pulangan pelaburan mereka.

In fact, kebanyakan Perunding Unit Trust daripada Public Mutual juga merupakan para pelabur yang sangat berpuas hati dengan pulangan yang telah mereka peroleh melalui pelaburan mereka dan seterusnya memilih untuk menjadi Perunding bagi memperkenalkannnya kepada rakan-rakan dan saudara-mara.

(dipetik dari blog unittrust101)

0 comments:

Post a Comment