Penjelasan Lanjut Tentang Pengagihan@Dividen Untuk Pelaburan Unit Trust

10:07 PM / Posted by JAMIAN SARIF /

Hari ini saya ingin menerangkan serba sedikit tentang pengagihan keuntungan (atau biasanya dipanggil dividen) bagi pelaburan Unit Trust. Ini kerana, saya mendapati ramai yang masih keliru tentang bagaimana pengagihan ini dibayar.

Sebenarnya di dalam pelaburan Unit Trust, pelabur berpeluang untuk mendapat dua jenis keuntungan iaitu pertama dari segi kenaikan harga dan seterusnya dari segi pengagihan keuntungan (dividen). Formula untuk mengira jumlah pengagihan adalah seperti berikut:

Jumlah pengagihan = Jumlah pengagihan seunit*Jumlah unit

Sebagai contoh jika seorang pelabur telah melabur RM1055 di dalam dana PIOGF. Dengan itu, pelabur akan mendapat 4000 unit.

Jumlah Unit = (Jumlah Pelaburan-Caj Perkhidmatan)/Harga Seunit
= (RM1055-55)/RM0.25
= 4000 unit

Untuk dana PIOGF, Financial Year End adalah pada 31 Jan.

Jika pada 31 Jan 2009 Public Mutual mengumumkan jumlah agihan seunit bagi dana ini adalah 2sen (RM0.02), maka jumlah yang diperolehi adalah seperti berikut:

Jumlah Pengagihan = Jumlah Agihan Seunit*Jumlah Unit
= RM0.02/unit*4000unit
= RM80

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah walaupun pelabur yang membeli dana baru akan mendapat lebih unit (kerana harga seunit lebih murah) tetapi tak bermakna ia akan mendapat jumlah pengagihan yang lebih. Ini kerana jumlah pengagihan juga dipengaruhi oleh jumlah agihan seunit.

Sebagai maklumat tambahan, biasanya jumlah agihan seunit untuk dana lama adalah tinggi berbanding dana baru. Sebagai contoh, agihan untuk Public Ittikal (dilancarkan pada April 1997) pada tahun lepas adalah sebanyak 9sen@RM0.09 seunit manakala agihan untuk PIADF (dilancarkan pada April 2007) baru-baru ini cuma sebanyak 0.4sen@RM0.004.

Harap penjelasan ini dapat menjernihkan kekeliruan berhubung pembayaran pengagihan di dalam pelaburan unit trust.

0 comments:

Post a Comment