CARTA PERBANDINGAN UNIT TRUST DI MALAYSIA

7:02 PM / Posted by JAMIAN SARIF / comments (1)

http://www.perfectexcel.com/wp-content/uploads/2008/02/lipper.jpg

Anugerah Dana 2007

7:17 AM / Posted by JAMIAN SARIF / comments (1)

Syarikat unit amanah No.1* di Malaysia

PEMENANG TERBESAR

UNTUK 4 TAHUN BERTURUT-TURUT

PEMENANG 21 ANUGERAH UNIT AMANAH 2007

Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The Star/Standard & Poor’s - 2007

Bil.

Dana

Tahun

Kategori

Jumlah Pulangan*

1.

Kumpulan Pengurusan Dana Terbaik untuk 3 Tahun: Public Mutual Bhd

2.

Kumpulan Pengurusan Dana Terbaik untuk 5 Tahun: Public Mutual Bhd

3.

Public Dana Islamic Balanced

1 Tahun

Peruntukan Aset Neutral Islam

20.20%

4.

PB Dana Growth

3 Tahun

Ekuiti Malaysia

71.67%

5.

Public Dana SmallCap

3 Tahun

Syarikat Kecil Malaysia

39.30%

6.

Public Dana Islamic Bond

3 Tahun

Pendapatan Tetap Islam

24.07%

7.

Public Dana Ittikal

3 Tahun

Islam/Syariah

51.44%

8.

Public Dana Ittikal

5 Tahun

Islam/Syariah

103.18%

9.

PB Dana Balanced

3 Tahun

Peruntukan Aset Neutral RM

55.77%

10.

PB Dana Balanced

5 Tahun

Peruntukan Aset Neutral RM

95.59%

11.

Public Dana Equity

5 Tahun

Ekuiti Malaysia

100.74%

12.

Public Dana Bond

5 Tahun

Pendapatan Tetap RM

39.54%

Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper - 2007

Bil.

Dana

Tahun

Kategori

Jumlah Pulangan*

1.

Kumpulan Dana Terbaik (Kumpulan Ekuiti) untuk 3 Tahun: Public Mutual Berhad

2.

PB Dana Growth

3 Tahun

Dana Ekuiti Malaysia Terbaik

73.19%

3.

Public Dana SmallCap

3 Tahun

Dana Ekuiti Modal Kecil & Sederhana Malaysia Terbaik

41.56%

4.

Public Dana Ittikal

3 Tahun

Dana Ekuiti Islam Malaysia Terbaik

53.51%

5.

Public Dana Ittikal

5 Tahun

Dana Ekuiti Islam Malaysia Terbaik

103.18%

6.

PB Dana Balanced

3 Tahun

Dana Campuran Aset Seimbang RM Terbaik

56.60%

7.

PB Dana Balanced

5 Tahun

Dana Campuran Aset Seimbang RM Terbaik

95.59%

8.

Public Dana Islamic Bond

3 Tahun

Dana Bon Islam RM Terbaik

24.09%

9.

Public Dana Islamic Bond

5 Tahun

Dana Bon Islam RM Terbaik

39.88%

* Jumlah pulangan untuk 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun masing-masing pada 29 Disember 2006

Sumber: Standard & Poor’s dan The Edge-Lipper, 8 Januari 2007.

Nota: Perbezaan bagi Jumlah Pulangan untuk 3 Tahun di antara Jadual Dana Lipper dan Jadual Dana S&P's adalah terutamanya disebabkan oleh tempoh masa berlainan yang digunakan, di mana Lipper menggunakan tempoh masa 29/12/03-29/12/06 dan S&P's menggunakan 31/12/03-29/12/06.

TRACK REKOD: PENCAPAIAN KESELURUHAN

Sekali lagi, Public Mutual telah mengekalkan kedudukannya sebagai pengurus dana unit amanah yang paling banyak memenangi anugerah. Kini, trek rekod kami diperkukuhkan lagi dengan kejayaan kami baru-baru ini sebagai pemenang terbesar di dua anugerah terunggul di Malaysia untuk prestasi dana cemerlang dengan memenangi 21 anugerah. Terima kasih diucapkan kepada lebih 1,000,000 pemegang akaun atas inspirasi, kepercayaan dan sokongan mereka, yang telah menjadikan kami syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia, mengurus 45 dana dengan nilai aset bersih berjumlah RM20.6 bilion**. Kepada semua pemegang unit, kami akan berusaha sedaya upaya agar sentiasa mencapai pulangan melebihi purata untuk dana-dana unit amanah kami.

Di sini terdapat beberapa sebab lagi mengapa kami adalah syarikat unit amanah No.1* di Malaysia

Selain daripada prestasi dana-dana kami mencapai pulangan jangka panjang untuk pelabur-pelabur kami, berikut adalah beberapa sebab lagi yang menjadikan kami syarikat unit amanah yang terkemuka di Malaysia:

  • Kami adalah syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dari segi saiz dana, menguruskan dana-dana bernilai RM20.6** bilion.
  • Kami mempunyai seramai lebih 1,000,000 pemegang akaun di seluruh negara.
  • Kami disokong oleh sumber Kumpulan Public Bank yang meluas.
  • Kami mempunyai pengalaman dan kepakaran selama 26 tahun dalam pengurusan dana.
  • Kami merupakan pengurus dana unit amanah yang paling banyak menerima anugerah dengan sejumlah 100 anugerah dana industri yang berprestij sejak tahun 1999.
  • Kami terus berusaha untuk mencapai pulangan yang mengatasi purata kepada pelabur-pelabur kami.

* Dari segi jumlah saiz dana yang diuruskan di antara syarikat-syarikat

unit amanah swasta

Sumber: The Edge-Lipper, 18 Jun 2007.

** Sumber: The Edge-Lipper, 18 Jun 2007.

Cara Pelaburan

7:16 AM / Posted by JAMIAN SARIF / comments (2)

Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit

Ayat yang selalu kita dengar.Walaupun melabur dalam saham amanah tidak menjanjikan kita kaya dalam masa yang singkat,tetapi ia dapat memberi kepuasan kepada kita dalam jangkamasa panjang

Walaupun pada asalnya nampak sedikit tetapi dalam jangkamasa yang panjang,mungkin melebihi apa yang anda fikirkan.Adalah lebih baik sekiranya anda menyimpan dengan lebih kerap kerana pulangan yang begitu memuaskan daripada anda menyimpan semuanya di akaun simpanan yang memberi pulangan dalam sekitar 3% sahaja.

Daripada anda melabur dalam skim internet yang tidak tahu puncanya dan juga kesahihannya (kecuali perniagaan yang betul),lebih baik duit dari titik peluh anda itu disimpan di tempat yang telah sahih keujudannya.Biar sedikit asal selamat

Dividen

7:15 AM / Posted by JAMIAN SARIF / comments (1)

Pulangan pendapatan dari pelaburan saham amanah adalah tinggi berbanding simpanan biasa atau simpanan tetap.Contoh pulangan mengikut fund.

*Sehingga 23/08/2007

PERUBAHAN SIMPANAN EPF

7:13 AM / Posted by JAMIAN SARIF / comments (0)

Pihak EPF telah mengumumkan beberapa perubahan dalam meningkatkan simpanan ahli-ahlinya.Antara perubahan yang dilakukan untuk memberi kita peluang meningkatkan simpanan kita ialah Skim Simpanan Asas yang akan bermula 1 FEB 2008.

Apa itu Skim Simpanan Asas.

Skim simpanan asas adalah skim di mana pencarum yang mempunyai simpanan minima yang ditetapkan oleh pihak KWSP boleh mengeluarkan simpanan itu untuk dilaburkan ditempat yang telah disahkan oleh pihak KWSP.

Jadual Skim SimpananAsas.

Peluang untuk kita meningkatkan simpanan di hari tua nanti.Contoh,sekiranya kita melabur sebanyak RM10,000 dengan purata pulangan setahun 15% selama 10 tahun maka, RM10,000x(1 x 15%+1)^10 = RM40,455.58.

Jangan lepaskan peluang keemasan yang diberikan kepada.Gunakanlah sepenuhnya untuk meningkatkan simpanan kita.

Benarkah unit amanah satu pelaburan selamat?

7:09 AM / Posted by JAMIAN SARIF / comments (2)

Bagaimanakah untuk mendapatkan senarai saham ‘halal’?

Senarai saham halal bursa tempatan atau sekuriti yang diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh syariah ada dikemaskini dari semasa-kesemasa oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Senarai lengkap tersebut boleh diakses di laman www. sc.com.my (cari di bahagian Islamic Capital Market). Terdapat 871 saham halal mengikut senarai tersebut yang bertarikh 28 April 2006, merangkumi 85 peratus daripada keseluruhan sekuriti yang didagangkan di Bursa Malaysia.

Adakah unit amanah satu bentuk pelaburan yang selamat?

Unit amanah adalah seperti pelaburan-pelaburan lain, di mana prestasi adalah ditentukan oleh keadaan pergerakan pasaran yang berubah-ubah. Bagi mengimbangi kesan kuasa dan ketidaktentuan pasaran, pengurus unit amanah selalunya mengamalkan kaedah meminimumkan risiko pelaburan dengan cara meluaskan tebaran risiko di mana komponen portfolio dana amanah adalah dipelbagaikan untuk meliputi serangkaian luas pelaburan aset dan corak pelaburan. Kepelbagaian kadang-kala meliputi campuran kelas- kelas aset seperti saham, bon-bon dan instrumen pasaran wang. Sekiranya terdapat sebarang kejatuhan aset tertentu, kenaikan harga dan nilai aset lain dapat menampung kerugian tersebut.

Patutkah saya menggunakan wang pinjaman dari institusi kewangan untuk menambah kuasa melabur?

Elok sekiranya kos meminjam adalah rendah. Namun ia boleh memberi masalah apabila kos meminjam meningkat berbanding pulangan dividen dan bonus yang diterima. Unit amanah sinonim sebagai satu skim tabungan jangka panjang, oleh itu tabungan yang konsisten secara bulanan atau suku tahunan adalah wajar, walaupun dalam jumlah yang kecil; “Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.

Boleh jelaskan penggunaan harga belian/jualan dan ‘NAB’ yang tertera di media.

Harga yang dipaparkan ialah harga beli/jual bagi pihak pengurus dana kepada pemegang unit/pelabur seperti anda. Oleh itu, harga belian yang tertera (bid) ialah harga yang anda gunakan untuk menjual unit, manakala harga jualan (offer) ialah harga di mana anda membeli unit.

Nilai Aset Bersih (NAB) ialah nilai kesemua aset dana ditolak keseluruhan tanggungan dana pada satu-satu masa penilaian , manakala NAB seunit pula ialah NAB dana itu yang dibahagi dengan jumlah bilangan unit dalam edaran pada masa penilaian. Angka ini penting kerana ia diguna sebagai panduan untuk menentukan harga belian dan jualan yang dikira setiap hari oleh Pengurus pada penutup hari perniagaan Bursa.

Apabila saya ingin menjual unit-unit pelaburan, adakah saya perlu menunggu sehingga wujud pelabur yang ingin membeli?

Tidak. Pengurus dana ialah pihak yang akan membeli semula unit-unit anda, mengikut terma dan syarat yang terkandung dalam prospektus sesuatu dana itu.

Apakah yang patut saya lakukan sekiranya pasaran saham menjunam?

Harga saham akan sentiasa turun atau naik kerana ini adalah lumrah pasaran, namun pada jangkamasa sederhana ke panjang ia akan naik. Anda tidak perlu lakukan apa-apa, harungi keadaan tersebut atau sekiranya berkemampuan tambah pelaburan sewaktu pasaran menampakkan kestabilan. Seperti yang sering disarankan, pelaburan unit amanah adalah untuk tempoh jangka sederhana/panjang.

Adakah dana bon Islam hanya pada nama? Saya berpendapat ia masih bersekongkol dengan riba’ kerana mendapat hasil coupon rate yang tetap.

Bon Islam ialah instrumen kategori sekuriti pendapatan tetap yang merujuk kepada pinjaman yang diberi oleh pembeli bon kepada pihak yang menerbitkannya. Konsep ini sama dengan operasi bon konvensional dimana peminjam akan mendapat bayaran berkala beserta keuntungan. Namun prinsip yang digunapakai ialah berlunaskan syariah dan kita mempunyai pelbagai pilihan cara terbitan seperti ‘Murabahah’, ‘Musyarakah’, ‘BBA Islamik’, ‘Bai Inah’, ‘Bai Al-Dayn’, ‘Sukuk Istisnaa’ ' dan ‘Sukuk Ijarah’.

Apa ITU UNIT amanah

7:07 AM / Posted by JAMIAN SARIF / comments (0)

Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Dana tersebut akan diuruskan oleh sekumpulan pengurus professional yang akan melabur wang tersebut dalam pelbagai portfolio seperti ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.

Apakah kelebihannya melabur dalam unit amanah?

Kepelbagaian Pelaburan

Pelabur dalam saham amanah selalunya dapat menyertai sekuriti yang lebih luas berbanding pelaburan secara perseorangan. Dengan modal yang sedikit pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sektor berbanding yang dibuat secara persendirian.

Kepelbagaian pelaburan boleh mengurangkan risiko kepada pelabur-pelabur. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperolehi di kaunter lain. Sekiranya pelabur melabur dalam beberapa dana iaitu tidak terhad kepada satu dana sahaja, pelabur akan meminimumkan risikonya.

Pengurusan Profesional sepenuh masa

Anda akan mendapat faedah daripada pengurus pelaburan yang profesional dan berpengalaman untuk menguruskan pelaburan anda sepenuh masa berbanding pelabur perseorangan yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Pengurus dana akan sentiasa mengawasi prestasi pelaburan anda dan memastikan wang anda dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

Tahap kecairan yang tinggi

Urusniaga unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam sesebuah syarikat dimana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu. Pelabur di unit amanah boleh menjual sebahagian atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa.

Pertumbuhan modal

Pelaburan dalam unit amanah mempunyai potensi untuk memberikan para pelabur pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangkamasa sederhana dan panjang menerusi pengagihan pendapatan (jika ada) dan kenaikan nilai modal.

Adakah saya ‘diberi jaminan’ akan menerima pengagihan pendapatan?

Pada umumnya pengagihan pendapatan adalah tertakluk kepada prestasi tabung tersebut. Pengagihan pendapatan yang dibayar kepada pemegang unit adalah berpunca dari pendapatan pelaburan dari semasa ke semasa mengikut pasaran. Jika tabung tersebut hanya memperoleh keuntungan yang sedikit atau tiada langsung keuntungan, pengagihan pendapatan tidak akan dibuat. Oleh itu, pengagihan tidak dijamin

Bagaimanakah menentukan jenis dana yang sesuai untuk saya?

Sebagai seorang pelabur, anda perlu mengambil kira faktor berikut :

Apakah objektif atau matlamat pelaburan anda
Beberapa matlamat biasa termasuk simpanan untuk pendidikan anak-anak, mengekalkan modal dan perolehan pendapatan buat masa kini.

Berapa lamakan anda bercadang untuk melabur?
Pada amnya, semakin lama tempoh pelaburan, semakin cerah peluang anda mendapat pulangan yang lebih baik.

Apakah jenis pulangan yang anda harapkan?
Melalui pengagihan pendapatan atau melalui kenaikan nilai modal.

Berapa tinggikah risiko yang sanggup anda terima ?
Lebih tinggi risiko lebih tinggi pulangan.

Apakah risiko-risiko melabur dalam unit amanah?

Semua pelaburan mempunyai risiko. Risiko melabur dalam unit amanah adalah seperti berikut :

Risiko Pasaran
Pada keseluruhannya pasaran saham adalah tertakluk kepada turun naik harga saham dan keadaan ini mempengaruhi harga unit-unit dana kerana sebahagian besar pelaburan Dana ini terdiri dari saham-saham yang diuruskan di BSKL.

Pulangan Pendapatan
Pulangan pendapatan sekiranya ada, yang dibayar kepada anda adalah berpunca dari pendapatan dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian kadar pembayaran tidak dapat ditentukan lebih awal.

Risiko pembiayaan pinjaman
Jika anda mendapat kemudahan pinjaman untuk membeli unit, anda hendaklah faham bahawa:

Pembelian melalui pinjaman mungkin mendatangkan keuntungan atau kerugian
Sekirannya nilai pelaburan merosot di bawah sesuatu tahap tertentu, anda mungkin dikehendaki mengurangkan jumlah baki pinjaman di suatu tahap yang diperlukan oleh institusi kewangan yang memberi pinjaman.

Kemampuan anda membayar balik ansuran pinjaman mungkin akan terjejas di masa hadapan oleh perkara yang tidak diduga.

Di manakah boleh saya mendapatkan maklumat prestasi dan harga dana-dana unit amanah?

Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat tersebut di akhbar-akhbar utama (The Star, The New Straits Times dan Utusan Malaysia) atau majalah kewangan (Smart Investor, The Edge). Anda juga boleh mendapatkan maklumat dengan melayari laman web http://www.publicmutual.com.my

Rahsia bagaimana RM100 menjadi Jutawan

7:04 AM / Posted by JAMIAN SARIF / comments (5)

Hari ini saya akan dedahkan satu rahsia orang kaya yang mungkin anda sudah tahu tetapi tidak begitu ambil kisah.

Jadi sebelum anda mengigit jari 20-30 tahun akan datang, masanya untuk kita mengikut jejak jutawan bermula hari ini.

Apa rahsia tersebut?

Hampir semua jutawan tahu bagaimana mereka mengandakan wang mereka tanpa perlu berpeluh...

Melalui SIMPANAN!
Simpanan bermaksud anda menyimpan wang diinstitusi kewangan yang memberikan pulangan setiap bulan atau tahun! Ianya nampak biasa tetapi berapa ramai antara kita yang menyimpan wang secara tetap setiap bulan??

Tahukah anda masa adalah musuh utama kerana ianya bakal menentukan samada anda mampu bergelar jutawan atau tidak.

Katakan anda berumur 25 tahun sekarang,dan anda mahukan RM100,000 dibank ketika anda bersara kelak. Jika anda bermula menyimpan hari ini dengan hanya RM10.22 sebulan (hanya 33 sen sehari!) dengan kadar faedah 12 peratus,anda telah mempunyai RM100,000 dibank ketika anda berumur 65 tahun!

Tetapi jika anda leka dan telah berumur 55 tahun, anda perlu menyimpan RM447 sebulan untuk dapatkan RM100,000 ketika mencapai 65 tahun!

Ini bermakna anda terpaksa menyimpan 43 kali banyaknya disebabkan anda terlewat! Dan ini tentunya akan membuka mata anda:

Jika anda menyimpan RM100 sebulan dengan kadar faedah 12 peratus setahun:

- Mula menyimpan ketika berumur 25 tahun:
Anda menjana RM979,307 ketika 65 tahun!
(Hampir SEJUTA RINGGIT dibank!)

- Mula menyimpan ketika berumur 26 tahun:
Anda menjana RM873,241 ketika 65 tahun!
(Anda rugi RM106,066!)

- Mula menyimpan ketika berumur 30 tahun:
Anda menjana RM551,083 ketika 65 tahun!
(Anda rugi RM428,224!)

Jadi, tidak kira berapa umur anda sekarang, inilah masanya anda mula menyelitkan sedikit wang setiap bulan untuk simpanan dan menjejak langkah jutawan automatik!

Saya telah tunjukkan kepada anda bagaimana dengan hanya menyimpan RM100 sebulan, ianya mampu meledak sehingga RM979,307!

Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain.

MAKLUMAT PENTING UNTUK ANDA

6:56 AM / Posted by JAMIAN SARIF / comments (0)

TAHUKAH ANDA?

# Ramai rakyat Malaysia kini tertipu dengan pelaburan-pelaburan yang haram di sisi undang-undang Malaysia, dengan harapan mendapat keuntungan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Sedangkan kerajaan telah membuka ruang dan platform pelaburan yang sah.

#
Anda boleh memaksimumkan wang KWSP anda melalui pelaburan dalam unit trust? Pulangan KWSP tahun lepas hanya 5.75%. Tapi pulangan unit trust tahun lepas ada yang mencecah 33%. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Bahkan anda juga boleh membuat pelaburan dalam unit trust dengan nilai pelaburan permulaan yang rendah.

# Jika anda melabur = RM2,000 >>> Untung = 20% setahun, dalam masa 20 tahun, duit pelaburan RM2,000 anda akan menjadi = RM2,000 x (1 + 20%)^20 = RM76,675.20 SUNGGUH LUMAYAN!!

# Jumlah kos pengajian degree di IPTA = RM 25,000 manakala kadar inflasi semasa = 3.5%. Katakan anda mempunyai anak berumur 2 tahun, dlm masa 15 tahun lagi dia akan melanjutkan pelajaran ke IPTA..! Jumlah kos pengajian degree di IPTA tahun 2022 = RM25,000.00 x (1 + 0.035)^15 = RM41,883.70 Oleh itu, ELAKKAN masalah kewangan ini berlaku kepada diri anda kelak!…

Jika anda benar-benar ingin menikmati pulangan lumayan dari sistem penjanaan wang untuk masakini dan akan datang, inilah pelaburan yang sah disisi undang-undang malaysia. Mulakan langkah pelaburan bijak anda dengan Pelaburan UnitTrust.

kelebihan compounding dalam unit amanah/unit trust

6:55 AM / Posted by JAMIAN SARIF / comments (0)

Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan daripada 100 lelaki apabila tiba usia bersara, hanya seorang mempunyai situasi kewangan yang mantap, empat orang tidak menghadapi kerumitan kewangan, lima masih bekerja, 27 meninggal dunia dan 63 orang akan berada dalam kesempitan kewangan.

Sebuah kartun oleh Dave Craven, The Three Legs To Growing Rich mengandaikan kestabilan kewangan seperti bangku yang memerlukan tiga kaki untuk berdiri teguh.

Seseorang yang berusaha bersungguh-sungguh tapi tidak membuat simpanan akan menghadapi masalah kewangan juga akhirnya. Begitu juga mereka yang membuat simpanan tapi tidak dimanfaatkan simpanannya dan yang gigih mengumpul wang. Manakala mereka yang membuat simpanan serta bijak melabur sahaja akan mendapat kestabilan kewangan apabila tiba hari tua kelak. Tiga faktor tersebut adalah sangat penting dalam perancangan untuk mendapatkan kebebasan daripada belenggu kewangan.

Amanah saham bukanlah perkara baru, ia bermula seawal tahun 1868 di

London menerusi Saham Amanah Kerajaan Kolonial dan Asing. Malaysia memperkenalkannya agak awal berbanding jiran-jiran negara Asia lain apabila satu amanah saham diperkenalkan oleh sebuah syarikat pada tahun 1959 iaitu `Malaysian Unit Trust Ltd’.

Kesungguhan kerajaan dalam konteks saham amanah jelas terbukti apabila pada tahun 1979 kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan amanah saham sebagai wahana untuk mencapai matlamatnya mengagihkan semula kekayaan negara di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Menerusi skim amanah saham, kerajaan berusaha mencapai matlamat DEB menambah pegangan bumiputera dalam syarikat awam dan berhad kepada 30 peratus jumlah pemilikan ekuiti.

Maka pada tahun 1981 secara besar-besaran Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan amanah saham bumiputera yang pertama iaitu Amanah Saham Nasional (ASN).


Walaupun demikian adakah kita sebenarnya faham apakah keajaiban faedah kompaun yang ada pada konsep amanah saham? Adakah ia terletak pada dividen dan bonus di mana setiap kali kita mendapatnya, maka kita mempunyai lebihan wang untuk mengubahsuai rumah, menukar kereta atau pergi melancong.

Atau adakah setiap kali bonus dan dividen diagihkan, kita hanya mendapat sedikit daripada lebihan yang diperoleh setelah pihak bank awal-awal lagi telah menyedut sebahagian daripada keuntungan pelaburan kerana melabur melalui pembiayaan bank?

Kata seorang teman, “Jika tidak meminjam untuk melabur, sampai tua pun aku tak melabur.” Mengapa ini terjadi? Mungkinkah keistimewaan yang ada dalam amanah saham tidak begitu jelas kepada umum.

Pelabur yang bijak tidak melabur melalui pembiayaan bank atau mengeluarkan pengagihan yang diterima kerana jika berbuat demikian amanah saham telah lari dari konsep asal dan ia sedaya upaya perlu dielak.

Faedah kompaun ialah satu proses melipatgandakan wang melalui faedah yang ditawarkan. Hasilnya hanya akan dapat dilihat dengan jelas jika kita membuat pelaburan untuk jangka masa panjang dan secara berterusan.

Cuba bayangkan jika seruan kerajaan disahut pada 1981 dan kita beristiqamah melabur RM100 sebulan maka pada tahun 2020 hasilnya ialah kita akan memperoleh kira-kira RM2.4 juta pada ketika itu. Jumlah itu saya congak dari purata kadar faedah amanah saham swasta sebanyak 15 peratus setahun. Bukankah perbezaannya cukup besar jika dibandingkan dengan simpanan sebanyak itu dalam masa 39 tahun hanya RM46,800 dapat dikumpulkan.

Pada hari ini jika kita menggunakan hanya sedikit kebijaksanaan asas yang ada pada diri kita, melalui amanah saham kita akan dapat membuat lebih keuntungan dengan membuat pemindahan dari tabung bon ke tabung ekuiti atau sebaliknya berdasarkan keadaan pasaran.

Kadar kemeruapan yang rendah berbanding saham di bursa saham melalui arahan telefon tanpa komisen yang ditawarkan oleh pengurus-pengurus saham amanah perlu direbut dan dimanfaatkan secara bijaksana.

Masih terlalu ramai yang tidak jelas tentang kaedah pelaburan yang bijak walaupun ramai yang telah sedar tentang langkah bijak membuat pelaburan menerusi saham amanah.

Inflasi

6:53 AM / Posted by JAMIAN SARIF / comments (0)

Mengapa Harus Melabur



Mengikut kenyataan pihak KWSP,jumlah simpanan ahlinya yang akan bersara tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup akan datang.Adalah disyorkan supaya kita melabur dalam saham amanah yang pulangannya adalah berpatutan.Ia juga adalah sebagai langkah untuk menyusun atau membuat pelan jangka panjang mengenai aset kita.Dengan kadar inflasi yang agak membimbangkan,pelaburan adalah aset penting untuk kita.

Pada tahun 1981,apabila Rizal telah keluar dari U dan mendapat kerja di KL dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan,beliau telah membeli kereta import Mazda yang berharga RM 17,000.Beberapa tahun kemudian beliau telah membeli rumah teres yang berharga RM75,000.

Kini, setelah 27 tahun berlalu apabila anak Rizal, Sukiman keluar dari U dan beliau mendapat gaji sebanyak RM1,500 sebulan.Tetapi tidak seperti ayahnya dahulu,kos untuk membeli sebuah kereta import telah meningkat sehingga RM70,000.Jadi beliau membeli kereta proton wira dengan harga RM40,000 sekali ganda jauh lebih mahal dari ayahnya yang membeli kereta import.Kalau dahulu ayahnya boleh membeli rumah teres dengan harga RM75,000,tetapi Sukiman tidak.Beliau terpaksa mengeluarkan hingga RM200,000 untuk membeli rumah teres di KL.

Berbanding 27 tahun lalu dan kini,segala keperluan asas telah meningkat hampir 2 kali ganda.Mengikut fakta di atas,kuasa membeli pada masa kini telah pun berkurangan daripada dahulu.Tren sebegini dijangka akan terus berulang mengikut peredaran masa.

Kini kos untuk sara hidup seharian mungkin dalam anggaran RM20.Tetapi mengikut kadar inflasi 20 tahun akan datang dalam anggaran 5%, kemungkinan kos sara hidup untuk seharian akan datang adalah dalam anggaran RM60.

Sekiranya kita tidak mula membuat simpanan yang cukup,besar kemungkinan kita akan menghadapi masalah akan datang.Dengan kos sara hidup,kos persekolahan anak-anak dan kos hartanah yang makin meningkat,besar kemungkinan kita akan menghadapi kewangan yang meruncing.

Untuk mengatasi masalah sedemikian,adalah perlu untuk kita melakukan sedikit kajian mengenai pelan kewangan kita.

Panel Syariah

6:51 AM / Posted by JAMIAN SARIF / comments (1)

Tugas utama panel syariah adalah untuk memantau setiap pelaburan yang ingin dilaburkan oleh pihak pengurusan saham amanah. Panel syariah terdiri daripada bijak pandai yang mengetahui mengenai hukum hakam pelaburan.Sudah semestinya dengan adanya panel syariah setiap pelaburan itu dijamin bersih dan halal.

Antara tempat yang diharamkan untuk dilaburkan adalah syarikat tembakau, arak, perjudian dan juga bank konvesional.Perspektus syarikat yang dikeluarkan setahun sekali ada menyebut di mana wang kita dilaburkan.

Di bawah adalah antara Panel Syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

MEMBERS OF THE SC’s SHARIAH ADVISORY COUNCIL
1 JULY 2006 - 30 JUNE 2008

1 Y.A.A Datuk Sheikh Ghazali Hj Abdul Rahman (Chairman)
Director General / Syariah Chief Justice
Department of Syariah Judiciary Malaysia

2 Y Bhg Datuk Hj. Md Hashim bin Hj. Yahaya
Very Distinguished Academic Fellow
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
International Islamic University Malaysia

3 Y Bhg S.S. Dato’ Hassan Hj Ahmad
Mufti of Penang

4 Y Bhg Dato’ Dr Abdul Halim Ismail
Executive Director
BIMB Securities Sdn Bhd

5 Y Bhg Prof. Datuk Dr Abdul Monir Yaacob
Academic Adviser
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Brunei Darussalam

6 Y Bhg Dr Mohd Daud Bakar
President/CEO
Amanie Business Solutions Sdn Bhd

7 Y Bhg Prof. Madya Dr. Abdul Halim Muhammad
Lecturer
Law Faculty
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

8 Y Bhg Dr. Mohd Ali Hj. Baharum
Deputy President
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA)

9 Y.A. Dato’ Abdul Hamid Haji Mohamad
President of the Court of Appeal
Malaysia

10 Y Bhg Cecep Maskanul Hakim
Researcher
Bank Indonesia

AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SURUHANJAYA SEKURITI
1 JULAI 2006 - 30 JUN 2008

1 Y.A.A Datuk Sheikh Ghazali Hj Abdul Rahman (Pengerusi)
Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

2 Y Bhg Datuk Hj. Md Hashim bin Hj. Yahaya
Fellow Kehormat Akademik
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

3 Y Bhg S.S. Dato’ Hassan Hj Ahmad
Mufti Pulau Pinang

4 Y Bhg Dato’ Dr Abdul Halim Ismail
Pengarah Eksekutif
BIMB Securities Sdn Bhd

5 Y Bhg Prof. Datuk Dr Abdul Monir Yaacob
Penasihat Akademik
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Brunei Darussalam

6 Y Bhg Dr Mohd Daud Bakar
Presiden/CEO
Amanie Business Solutions Sdn Bhd

7 Y Bhg Prof. Madya Dr. Abdul Halim Muhammad
Pensyarah
Fakulti Undang-Undang,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

8 Y Bhg Dr. Mohd Ali Hj. Baharum
Timbalan Yang Dipertua
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA)

9 Y.A. Dato’ Abdul Hamid Haji Mohamad
Presiden Mahkamah Rayuan
Malaysia

10 Y Bhg Cecep Maskanul Hakim
Penyelidik
Bank Indonesia

The List of Registered Shariah Individuals or Shariah Advisers Eligible for the Schemes Managed and Administered in Accordance with Shariah Principles under the Guidelines of Unit Trust Funds

(As at 30 September 2007)
A. Shariah Members (Individual) | B. Shariah Advisers (Company)

A. Shariah Members(Individual)
1 Dato’ Al-Syeikh Abdul Halim bin Abd. Kadir
Lot 382-H, Lorong Changkat Bahagia
Off Jalan Bahagia 5
Taman Berjaya
68100 Batu Caves Selangor

2 S.S Dato` Haji Hassan bin Haji Ahmad Mufti
Pejabat Mufti Pulau Pinang
Tingkat 45, KOMTAR
10000 Pulau Pinang

3 Datuk Hj. Md Hashim bin Hj. Yahaya
Very Distinguished Academic Fellow
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
International Islamic University Malaysia
Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

4 Y.A.A. Datuk Sheikh Ghazali bin Hj. Abdul Rahman
Director General / Syariah Chief Justice
Department of Syariah Judiciary Malaysia
2nd & 3rd Floor, Block D7 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

5 S.S. Dato’ Haji Nooh bin Gadot Mufti
3rd Floor, Kompleks Islam Johor
Jalan Masjid Abu Bakar
80990 Johor Bahru,Johor

6 Datuk Dr. Abdul Monir bin Yaacob 6441, Jalan Bahagia
Kg. Teras Jernang
43000 Bangi, Selangor

7 Dato’ Mursyid Di Raja Dato’ Paduka Sheikh Abdul Majid bin Md. Noor
No. 9 Seberang Pantai Johor
05150 Alor Setar,Kedah

8 Dato’ Sheikh Yahaya bin Hj Jusoh
No. 41, Taman Sri Pantai Pantai Johor
05150 Alor Setar,Kedah

9 Dr. Ahmad Shahbari bin Salamon Chairman
Pusat Rawatan Islam Selangor (MAIS)
No. 22, Jalan Pekaka 8/2
Seksyen 8, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya,Selangor

10 Dr. Mohd Ali bin Hj. Baharum Deputy President
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA )
Wisma Ungku A. Aziz
Jalan SS 6/3
47300 Kelana Jaya,Selangor

11 Prof. Madya Dr. Ab. Halim bin Muhammad
Faculty of Law Universiti Kebangsaan Malaysia
43650 Bangi,Selangor

12 Dr. Abdullah @ Harun bin Hj Ibrahim
3140, Jalan Nuri 5,Taman Rakyat
Jalan Sultanah,05350 Alor Star Kedah

13 Prof. Madya Dr. Hailani bin Muji Tahir
Department of Syariah Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43650 Bangi,Selangor

14 Prof. Dr. Hj Abdul Samat bin Musa
Dean Faculty of Syariah & Law
Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai,Negeri Sembilan

15 Prof. Madya Dr. Joni Tamkin bin Borhan
Department of Syariah & Economic
Academy of Islamic Studies Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

16 Dr. Ahmed Mohieldin Ahmed RHB Capital Berhad
Level 10 Tower One
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

17 Dr. Aznan bin Hasan Ahmad Ibrahim
Kulliyyah of Laws
International Islamic University Malaysia
Jalan Gombak,53100 Kuala Lumpur

18 Dr. Mohammad Deen bin Napiah Ahmad Ibrahim
Kulliyyah of Laws
International Islamic University Malaysia
Jalan Gombak,53100 Kuala Lumpur

19 Dr. Haji Zainudin bin Jaffar
Department of Management
Studies Faculty of Business, Economics & Policy Studies
Universiti Brunei Darussalam
Tungku Link,
Gadong BE 1410,Brunei Darussalam

20 Tuan Haji Md. Salleh bin Haji Md @ Haji Ahmad Ahmad Ibrahim
Kulliyyah of Laws
International Islamic University Malaysia
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur

21 Dr. Mohamad Sabri bin Haron
Centre for General Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi,Selangor

22 Dr. Mohd Akram bin Laldin
Kulliyyah Of Islamic Revealed Knowledge And Human Science
International Islamic University Malaysia
Jalan Gombak,53100 Kuala Lumpur

23 Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Hj Ab Majid
Department of Fiqh & Usul
Academy of Islamic Studies
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

24 Prof. Madya Mohd Ridzuan Awang
Department of Syariah
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43650 Bangi Selangor

25 Brigedier Jeneral Hj. Jamil Khir bin Baharom
Jabatanarah KAGAT
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur

26 Dr. Mohd Khalil bin Ruslan
Faculty of Law
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

27 S.S Dato’ Seri (Dr) Hj Harussani bin Hj Zakaria
Jabatan Mufti Negeri Perak
Tingkat 5, Komplek Islam
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh,Perak

28 Dato’ Dusuki bin Hj Ahmad
Amanah Raya Berhad
Level 15, Wisma Amanah Raya
No. 2, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

29 Dr. Rusni binti Hassan Ahmad Ibrahim
Kulliyyah of Laws
International Islamic University Malaysia
Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

30 Khairul Anuar bin Ahmad
Faculty of Business and Muamalah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra
43000 Bangi,Selangor

31 Dato’ Dr. Abdul Halim bin Ismail
BIMB Securties Sdn Bhd
2nd Floor, Podium Block Bangunan AMDB No. 1,
Jalan Lumut,50400 Kuala Lumpur

32 Datuk Dr. Syed Othman bin Syed Hussin Alhabshi
11A, Jalan 6/71B
Pinggir Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur

33 Prof. Dr. Sano Koutoub Moustapha
Office of Deputy Rector
Internationalization and Innovation
International Islamic University Malaysia
P.O. Box 10
50728 Kuala Lumpur

34 Azizi bin Che Seman
Department of Syariah & Economics
Academy of Islamic Studies
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

35 YM Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali Ahmad Ibrahim
Kulliyyah of Laws
International Islamic University Malaysia
Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

36 Ir. Dr. Haji Muhamad Fuad bin Abdullah
No. 29, Jalan 4/11C
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

37 Dato’ Haji Muhamad Asri bin Abdullah
Syariah Judiciary Department of Malaysia
2nd & 3rd Floor,
Block D7 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

38 Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
Bangunan Sulaiman
Jalan Damansara
50676 Kuala Lumpur

39 Assoc. Prof. Dr. Shafaai bin Musa
IIUM Centre For Continuing Education (ICCE)
Ground Level, Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
International Islamic University Malaysia
Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

40 Prof. Madya Dr. Ahmad Hidayat Bin Buang
Deparment of Syariah and Law
Academy of Islamic Studies
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

41 Prof. Madya Dr. Yusof Bin Ramli
Centre for Islamic Thought and Understanding
Universiti Teknologi Mara
40450 Shah Alam
Selangor

42 Dr. Asmak bt Ab. Rahman Department of Syariah & Economics
Academy of Islamic Studies
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

43 S.S Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah bin Hj. Abd Halim Mufti
Jabatan Mufti,
Tingkat 6, Wisma PKNK
Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar
Kedah

44 Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali
International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
No. 205A, Jalan Damansara
50480 Kuala Lumpur

45 Dr Abdulazeem Abozaid
Department of Economics
Kulliyah of Economic & Mgmt Science
International Islamic University of Malaysia
53100 Gombak
Kuala Lumpur

B. Shariah Advisers (Company)
1 Islamic Banking and Finance Institute of Malaysia Sdn Bhd
3rd Floor, Dataran Kewangan Darul Takaful (formerly known as Bangunan Sime Bank )
Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur

2 BIMB Securities Sdn Bhd
2nd Floor, Podium Block Bangunan AMDB No. 1, Jalan Lumut
50400 Kuala Lumpur

3 Amanie Business Solutions Sdn Bhd
Suite A-D, 14th Floor,
Bangunan Angkasa Raya
Jalan Ampang
52450 Kuala Lumpur

4 IIFN Planner Sdn Bhd
No. 39-3A, Block H
Jalan PJU 1/3F
SunwayMas Commercial Centre
47301 Petaling Jaya
Selangor