Adakah Pelabur Akan Rugi Apabila Harga Unit Jatuh?

10:17 PM / Posted by JAMIAN SARIF /

Hari ini saya ingin menjawab satu soalan yang telah dikemukakan oleh seorang pembaca blog ini. Soalannya berkenaan risiko pelaburan unit trust. Berikut adalah soalannya…

“Salam. saya ade kemusykilan sikit. duit yag kita laburkan x kan rugi selagi kite x jual pada harge yg lebih rendah dr harge beli.betul ke?

maksudnye klu kite labur RM1000 (katelah 1unit=RM1) so akan dapat 1000 unit.walaupun ekonomi jatuh ke ape, unit td xkan berubah kan? yg berubah cume rege semasela kan.mgkin ble jatuh ke RM0.80 sen ke atau ke RM1.20.

katelah xkan berlaku kerugian kt cini, ape cth2u yg boleh merisikokan duit pokok yg kita laburkan td?em dgn kate lain betul ke duit pokok x kan terjejas?”

Jawapan saya..

Di dalam pelaburan unit trust, setiap kali kita melabur, wang yang kita laburkan akan ditukarkan kepada bentuk unit. Sebagai contoh (dengan mengabaikan service charge), pelabur yang melabur sebanyak RM1000 pada harga RM0.25 seunit akan mendapat 4000 unit.

Unit ini adalah tetap. Yang berubah adalah harga unit. Harga unit ini akan berubah setiap hari bursa saham diniagakan iaitu pada hari bekerja. Apabila harga unit berubah, nilai semasa akan berubah. Namun begitu, jika pelabur tidak menjual unit yang dimilikinya, pelabur tidak akan mendapat apa-apa kesan daripada kenaikan atau penurunan harga unit.

Walaupun harga unit ini sentiasa berubah dan mungkin akan mengalami penurunan, biasanya harganya akan meningkat naik dari tahun ke tahun. Selepas setahun, harga biasanya akan meningkat ke RM0.30, dan biasanya akan mencecah RM1.00 selepas 10 tahun.

One more thing, pelaburan unit trust ini tidaklah begitu berisiko seperti melabur secara terus di dalam pasaran saham dan harganya tidak akan jatuh banyak seperti harga saham-saham yang diniagakan. Ini kerana, di dalam sesebuah dana unit trust, harga unit merupakan harga purata bagi berpuluh-puluh harga saham. Jadi, harganya tidak akan turun mendadak kerana pada sesuatu masa, walaupun ada saham yang harganya turun, ada juga saham yang harganya sedang naik.

Sebagai contoh, harga saham mungkin boleh jatuh dari RM1.00 menjadi RM0.10 tetapi di dalam pelaburan unit trust, harga RM1.00 biasanya hanya turun ke RM0.90 atau paling teruk pun ke harga RM0.80.

Sebaik-baiknya, pelabur hendaklah ‘buy low sell high’ iaitu beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Jika pelabur ingin mengelakkan kerugian, jangan jual pada harga rendah dan tunggu sehingga harganya naik. Sebab itulah, saya suka menggalakkan pelabur saya agar melaburkan duit yang tidak diperlukan di dalam masa terdekat dan melabur sekurang-kurangnya setahun.

Semoga penjelasan ini dapat membantu rakan-rakan memahami dengan lebih jelas mengenai pelaburan unit trust.
(dipetik dari blog unittrust101)

1 comments:

Comment by Unknown on May 4, 2008 at 6:21 AM

Bila ada org yg bertanya tentang "pelaburan rugi bila harga unit jatuh", disini saya tahu kita memang dah dididik dgn ASB (Dijalankan oleh PNB) yg mana harganya tetap RM1 tak kira bila2 masa berbanding unit trust, tetapi tahukah kita bahawa PNB ada menjalankan satu dana yg dipanggil ASN 3 Imbang yg mana harganya berubah-ubah spt unit trust dan pulangannya pada tahun lepas adalah 17.61% (setahun). ASN 3 Imbang jika dibanding dgn Unit Trust Public Mutual adalah Public Islamic Balanced Fund.

Post a Comment