Mengapa Harus Melabur
Mengikut kenyataan pihak KWSP,jumlah simpanan ahlinya yang akan bersara tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup akan datang.Adalah disyorkan supaya kita melabur dalam saham amanah yang pulangannya adalah berpatutan.Ia juga adalah sebagai langkah untuk menyusun atau membuat pelan jangka panjang mengenai aset kita.Dengan kadar inflasi yang agak membimbangkan,pelaburan adalah aset penting untuk kita.
Pada tahun 1981,apabila Rizal telah keluar dari U dan mendapat kerja di KL dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan,beliau telah membeli kereta import Mazda yang berharga RM 17,000.Beberapa tahun kemudian beliau telah membeli rumah teres yang berharga RM75,000.
Kini, setelah 27 tahun berlalu apabila anak Rizal, Sukiman keluar dari U dan beliau mendapat gaji sebanyak RM1,500 sebulan.Tetapi tidak seperti ayahnya dahulu,kos untuk membeli sebuah kereta import telah meningkat sehingga RM70,000.Jadi beliau membeli kereta proton wira dengan harga RM40,000 sekali ganda jauh lebih mahal dari ayahnya yang membeli kereta import.Kalau dahulu ayahnya boleh membeli rumah teres dengan harga RM75,000,tetapi Sukiman tidak.Beliau terpaksa mengeluarkan hingga RM200,000 untuk membeli rumah teres di KL.
Berbanding 27 tahun lalu dan kini,segala keperluan asas telah meningkat hampir 2 kali ganda.Mengikut fakta di atas,kuasa membeli pada masa kini telah pun berkurangan daripada dahulu.Tren sebegini dijangka akan terus berulang mengikut peredaran masa.
Kini kos untuk sara hidup seharian mungkin dalam anggaran RM20.Tetapi mengikut kadar inflasi 20 tahun akan datang dalam anggaran 5%, kemungkinan kos sara hidup untuk seharian akan datang adalah dalam anggaran RM60.
Sekiranya kita tidak mula membuat simpanan yang cukup,besar kemungkinan kita akan menghadapi masalah akan datang.Dengan kos sara hidup,kos persekolahan anak-anak dan kos hartanah yang makin meningkat,besar kemungkinan kita akan menghadapi kewangan yang meruncing.
Untuk mengatasi masalah sedemikian,adalah perlu untuk kita melakukan sedikit kajian mengenai pelan kewangan kita.
0 comments:
Post a Comment